Monday, December 11, 2023

SET KURUS SHAKLEE


Tuesday, February 14, 2023

SET KURUS SHAKLEE KEARAH KESIHATAN

Good Day everyone,entri Rina kali nie Rina nak share dengan uolls semua Set kurus Shakee yang menjadi Pilihan ramai orang.Yess!! Betul nal kurus bukan mudah apatah masa Diet uollss kena cut off semua pemakanan yang boleh menaikkan berat badan kita.



Set Kurus Shaklee ni bukan sahaja boleh membantu uollss turunkan berat badan yang ideal Malah ia juga membantu uolls dari segi Kesihatan.So kita Diet dengan IF skaligus consume Set kurus Shaklee. 

Jum kita kenali Set Kurus Shaklee iaitu Ready.Set.Wellness Shaklee.Dalam Set ini ia mempunyai 3 produk Premium iaitu:

1.ESP Shaklee

2.Omega Guard Shaklee

3.Lecithin Shaklee

Jum kita kenali produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee sekaligus mengetahui apakah kebaikan dan Manfaat yang uolls akan dapat apabila consume Set ini. 




ESP Shaklee 

Apa yang ada di Dalam ESP Shaklee? 

Apa yang ada pada label adalah apa yang terdapat dalam produk. Itu lah komitmen kualiti Shaklee disebalik setiap produk bagi memastikan ketulenan,potensi dan prestasi produk kami untuk meningkatkan kesihatan tanpa kompromi. 


Tenaga

👉Memberi anda tenaga berterusan sepanjang hari. 


Protein

👉Memberi nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan mengoptimumkan fungsi tubuh anda. 


Lemak

👉Hanya 1g lemak tanpa lemak trans. 


Kolestrol

👉Mengandungi sifar kolestrol untuk mengekalkan tahap kolestrol anda. 


Zat Besi

👉Menyokong pembentukan sel darah merah. 


Kalsium

👉Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat. 


Vitamin B

👉Niacin, Panthothenic Acid, Thiamin,Riboflavin dan Vitamin B6

👉Membantu memecahkan lemak dan karbohidrat untuk tenaga serta menghasilkan sel baru yang sihat. 

Omega guard Shaklee

Omega Guard Shaklee

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA.Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita. 

Fungsi EPA

Mencegah Kanser

Mencegah pembekuan darah

Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan

Baik untuk pesakit jantung

Menghindar tekanan perasaan

Mencegah penyakit darah tinggi


Tugas DHA

Mencegah Asma

Meningkatkan daya seksual

Mencegah sakit kulit

Mengelak kanser payudara

Mengelak kanser Prostat

Menghindar penyakit migrain dan rasa kebas kepada anggota badan

Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan yang ada pada Omega guard dalam set kurus Shaklee

Melicinkan kulit dan nampak kemerah-merahan

Mengawal kolestrol dan tekanan darah 

Mencegah strok dan masalah obesiti

Memelihara kesihatan jantung

Mwnyokong kesihatan Sendi 

Membantu menvawal berat badan

Meningkatkan daya memori

Mengelakkan demam dan asma

Membantu masalah kulit (Ekzema) 

Membantu perkembang otak bayi 

Meningkatkan kesihatan menyeluruh

Membantu mencairkan kahak

Mengurangkan sakit kepala 

Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee juga sangat membantu menurunkan berat badan dalam Set Kurus Shaklee. Kerana Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya organik dimana setiap kapsul mengandungi 518mg Lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak.hati,kardiovaskular dan pembiakan. 


Vivix Shaklee

Uolls tau tak Vivix Shaklee juga boleh membantu uolls mempercepatkan proses penurunan berat badan tau.Ini adalah kerana Vivix Shaklee mempunyai satu effect yang dipanggil Anti-Angiogenesi.Vivix Shaklee juga mempunyai Resveratrol dan Polifenol.

Jum Rina Share apa kebaikan dan Manfaat Vivix Shaklee. 


Nahh So gais uollss dapat tak serba sedikit pengetahuan tentang produk yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ni.Kita semua nak kurus tetapi uolls harus memilih produm yang betul-betul Selamat dan yang paling penting menjaga kesihatan badan kita. 

Okey gais itu saja Entri Rina kali ini,kepada uolls yang excited nak try Set Kurus Shaklee ini,jum PM Rina for purchase😉



PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

 

Pernahkah anda mengalami sakit sendi?  Tahukah anda apa itu sakit sendi?

Sendi terbentu apabila dua atau lebih tulang bertemu dan berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi boleh terjadi disebabkan masalah yang berpunca daripada pelbagai struktur di dalam atau luar atau sekeliling sendi.

Apakah simptom yang mungkin akan menunjukkan bahawa sendi tersebut bermasalah?


Ketegangan sendi
Pembengkakan sendi
Sendi terlibat terasa lebih panas apabila disentuh
Pergerakan sendi yang terhad
Sendi tersekat (locking)

Bagaimana penyakit sendi dapat dikesan?


Kesakitan sendi perlu diperiksa oleh doktor. Berikut adalah langkah-langkah yang biasa dilakukan untuk mengesan punca sakit sendi. 

Sejarah penyakit - tanda atau gejala yang pernah dialami, termasuk tanda atau gejala yang berkaitan dengan masalah kesihatan semasa yang lain.

Pemeriksaan badan - Pemeriksaan yang teliti pada sendi serta seluruh badan.

Pengimejan - Laporan pengimejan seperti sinaran-X kadang-kadang turut diperlukan. Namun, laporan pengimejan semata-mata tidak boleh digunakan untuk diagnosa penyakit sendi.

Ujian darah - Ujian darah tertentu membantu dalam proses diagnosa. Namun perlu ditafsirkan bersama laopran klinikal yang lain.


SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU UNTUK MASALAH SAKIT SENDI



Pain Relief  Shaklee memberikan penghilang rasa sakit dari rasa tidak selesa akibat berlebihan. Shaklee Pain Relief mendorong pergerakan sendi yang selesa selepas bersenam.


Shaklee Pain Relief mengandungi campuran boswellia yang diuji secara klinikal bersama dengan ekstrak safflower, yang memberikan bantuan untuk sendi yang terlalu banyak bekerja. Ini sesuai untuk mereka yang kerjanya memberi tekanan pada sendi dan yang tidak kerap bersenam.


Bahan utama membantu

📌 Meringankan rasa tidak selesa daripada berlebihan

📌 Menggalakkan fleksibiliti dan pergerakan yang selesa


Shaklee Pain Relief Terbukti berkesan




 ðŸ‘‰ MELEGAKAN KESAKITAN SENDI - mereka yang mencari penyelesaian bagi masalah sendi dan bagi pergerakan fleksibel.


👉 MELEGAKAN KESAKITAN TUBUH - mereka yang mahu melegakan kesakitan tubuh disebabkan oleh aktiviti seharian.


👉 MELEGAKAN KESAKITAN OTOT - mereka yang mempunyai gaya hidup aktif , yang ingin melegakan kesakitan otot dan selepas melakukan aktiviti yang berat seperti bersenam.


👉 MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN DAN KESAKITAN - para ibu yang mahu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan disebabkan pergerakan yang berlebihan selepas melakukan kerja-kerja rumah.





Kebaikan Pain Relief

➤ Melegakan sakit termasuk sakit sendi dan otot

➤ Perbaiki tisu sendi dengan tingkatkan peredaran darah

➤ Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi

➤ Melegakan sakit sengugut

➤ Kurangkan sakit pinggang dan belakang

➤ Bahan semulajadi lembut pada perut

➤ Tidak mengandungi aspirin

➤ Diperbuat daripada ekstrak semulajadi Boswellia dan Safflower

➤ Selamat untuk kegunaan jangka masa panjang

Jum tukar dari Pain Killer kepada Pain Relief Shakee hari ini😘🥰

wasap.my/60123279387

#shakleesabah #shakleekotakinabalu 



Tuesday, October 10, 2023

RESIPI TELUR GORENG IKAN BILIS MELETOPS by RENNA


Resipi ni saya dapat daripada tiktok dan saya dah pun cuba masak resipi ini dan sekarang ianya menjadi kegemaran saya.Kenapa??Sebab ia sangat mudah untuk disediakan dan apa yang best kalau korang dah try resipi ni confirm bertambah nasi 2 Pinggan tau.

Tak Percaya??Jum Cuba.

Bahan-Bahan:-

2-3 Biji Telur

1 Biji bawang besar -Hiris halus

1 Biji bawang putih - Hiris halus*

2-3 biji bawang merah - Hiris halus*

2-3 biji lada hijau - Hiris halus

4-8 Biji Cili padi - Hiris halus (Mengikut cita rasa,nak lagi pedas tambah 10 biji pun boleh)

Garam Secukup Rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1.Panaskan Minyak dan mula goreng ikan bilis sehingga garing,Paling best guna la ikan bilis mata biru,sebab dia kecil2.Tos dan ketepikam

2.Kemudian tumbuk kasar atau lagi cepat blend kan bahan-bahan yang bertanda *.

3.Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi,tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan nampak garing.

4.Masukkan lah perasa yang anda nak,mengikut cita rasa masing yaa,Garam,Gula dan serbuk perasa secukupnya dan gaul campuran hingga rata.Kemudian ketepikan.

5.Pecahkan telur2 tadi mengikut kuantiti dan kapasiti yang nak makan yaa,gaulkan sehingga telur hancur dan ketepikan.

6.Masukkan bahan-bahan yg dah ditumis,ikan bilis dan juga telur dan gaul sehingga rata last sekali baru laa masukkan bawang besar gaul sehingga bawang besar dah masak.

7.Hidangkan!!

Telur Goreng Hancur Ikan bilis Cili Padi

Semoga berhasil,boleh cuba untuk bawa bekal ke tempat kerja ya gaiss!!

Thank you!

BUSINESS SAMBIL BEKERJA


Dalam keadaan krisis pendemik dengan ekonomi yang tak menentu ini,ramai orang yang nak berbusiness sambil bekerja.Lebih-lebih lagi yang bekerja di pejabat,semua akan menjadi prospek perniagaan kita.Macam lubuk business pula jadinya.

Rata-rata mereka yang dah berjaya dalam business mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya kepada Business mereka.Bagi saya,itu adalah pilihan masing-masing kerana,setiap individu nak kan Time Freedom dan juga Financial Freedom dalam kehidupan mereka.

So sama ada nak teruskan bekerja sambil buat business atau berhenti kerja dan fulltime buat business itu sama sahaja.Apa yang penting ialah kita mampu disiplinkan diri untuk konsisten dan fokus.

Dalam business online kita tak mempunyai pekerja,so everything kita kena lakukan sendiri,dari marketing,approching,order,closing and Etc.Jadi tidak ada istilah kita nak berjaya tu kita kena tunggu,tak nak keluar dari confort zone.Jika anda masi mempunyai mindset sebegitu,business tak akan kemana dan kita akan stuck di position tersebut.

Dalam business juga kita harus sentiasa mencari circle baharu,cuba untuk tidak melayan emosi dan juga streesout kan diri kita dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.Ia cuma akan mengganggu mood anda seharian dan diri anda akan diselubungi dengan Negetif Aura.

Selain dari itu juga anda haruslah tidak lupakan untuk berdoa kepada Tuhan.Sebelum memulakan apa jua aktiviti harian anda,mulakan dengan doa,betulkan niat dan berusaha.

Jum saya share tips-tips bagaimana untuk membantu diri anda Fokus dalam Business.

Nak Berjaya sebagai Seorang Usahawan jum amalkan Tips2 ini:-

Kadang-kadang kita nampak tips2 ini tak penting,tetapi ini adalah tips2 yang sangat membantu diri saya untuk lebih disiplinkan diri,tahu hala tuju kemana perlu kita lalui.



Jika kita amalkan Tips-tips yang saya share ini saya percaya anda akan nampak cahaya dalam membina business anda.Setiap diri kita mempunyai impian masing-masing,namun hanya diri kita sahaja yang tentukan sama ada kita nak bina dan kejar impian tersebut atau tidak.

Kepada anda di luar sana yang nak memulakan perniagaan secara online,jum sertai saya di Shaklee,anda tak perlu risau kerana semua nya akan di ajar dan dibimbing dan ianya adalah Percuma. >> Klik Sini

Sampai disini sahaja entri saya kali ini,saya harap anda dapat manfaat dari perkongsian saya dan semoga membantu anda dalam business.

"Ingat kita berniaga bukan setakat untuk mencari wang tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri,keluarga dan orang sekitar kita"

Thank you!

#nextlevelblog
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleesabah
#shakleekotakinabalu


BOTAK?MASALAH RAMBUT GUGUR?

Ramai individu di kalangan kita yang mengalami masalah ini termasuk saya sendiri.Setiap hari kita akan nampak berapa banyak rambut yang gugur atas lantai.Adakah situasi itu akan membuatkan anda Down?Yes mestilah stress,semakin tekanan diri kita semakin banyak rambut kita akan gugur.

APA ITU MASALAH RAMBUT GUGUR?

Masalah ini boleh muncul dalam pelbagai cara,bergantung dengan puncanya.Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara perlahan.Tidak dinafikan keguguran rambut boleh memberikan kesan yang negetif pada kulit kepala dan seluruh badan kita.Malah masalah ini juga boleh bersifat sementra atau pun kekal.

APAKAH SIMPTOM MASALAH RAMBUT GUGUR?

Ada beberapa simptom-simptom yang kita akan alami contohnya :-


  • Rambut mulai nipis
  • Muncul tompok-tompok botak
  • Rambut longgar secara tiba-tiba
  • Keguguran rambut seluruh badan
  • Tompok yang bersisik yang melibatkan seluruh badan
APA YANG BOLEH DIAMALKAN?



Hah!! Anda boleh amalkan set penjagaan rambut Shaklee ini yaa.Ada banyak manfaat yang ada pada set ini.Jum kita tengok Testimoni-testimoni dari mereka yang telah mencubanya.

#1 Testimoni Shampoo

#2 Testimoni Shampoo

#3 Testimoni Shampoo


#4 Testimoni Shampoo


Jika anda ada masalah rambut gugur dan risau akan botak,jum kita sama2 jaga mahkota kita agar ia sentiasa kekal sihat.Selain itu juga,anda akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan siapa sahaja.

P/S : Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang produk Shaklee anda boleh pergi ke lama Sesawang ini ya >> Klik Sini

Sampai disini sahaja entri saya kali ini,semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi manfaat untuk masalah yang anda hadapi.


#nextlevelblog

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#shakleesabah

#shakleekotakinabalu

KETIAK BERBAU TENGIK

Body Odour

Siapa yang pernah mengalami masalah ini atau mungkin ada kawan-kawan ditempat kerja yang alami masalah bau ketiak?Ini akan membuatkan kita merasa tak selesa dan rimas apatah lagi bau itu akan melekat di dalam office dan membuatkan kita mual.

Ramai individu yang mengalami masalah bau ketiak,Situasi ketiak berbau ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilahnya teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatang kebimbangan dengan masalah kesihatan.

Walau bagaimana pun mempunyai masalah berbau ketiak ini boleh dianggap sebagai satu keadaan yang menyebabkan seseoang individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu lain.

MASALAH BAU BADAN


Masalah badan berbau atau Bromhidrosis ini merupakan satu masalah yang berlaku apabila anda melangkah ke alam Akil Baligh.Ia adalah kerana di dalam badan kita akan berlaku proses peningkatan Hormon yang dipanggil Adrogen.

Hormon ini tidak aktif sehingga anda mencapai tempoh kematangan.Oleh kerana itu,masalah badan berbau jarang berlaku kepada kanak-kanak.

Selalunya ia akan berlaku ketika anda cenderung melakukan aktiviti Fizikal menyebabkan terhasilnya peluh atau mungkin anda lebih banyak terdedah kepada Matahari dan badan akan menghasilkan peluh.

Ia adalah untuk membantu mengawal suhu badan anda.Peluh yang bertemu dengan bakteria pada permukaan kulit akan menyebabkan wujud nya bau.Inilah yang dipaggil sebagai bau badan atau B.O (Body Odour).Itu jugalah yang berlaku pada bahagian ketiak anda.

Apakah Cara Menghilangkan Bau Ketiak?

Korang mengamalkan cara orang tua-tua kita amalkan dulu-dulu atau anda boleh juga boleh mencuba any supplemen yang dapat membantu untuk mengawal bau badan dan juga bau ketiak dalam masa yang sama.

Contoh Cara yang anda boleh Amalkan :-

  • Cuka Epal
Anda hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk.Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan pada bahagian Ketiak anda.

  • Bicarbonate Soda 
Anda mencampurkan 1 sudu jus lemon bersama 1 sudu Bicarbonate Soda atau serbuk penaik.Seterusnya sapukan campuran pes tersebut dipermukaan ketiak anda dan biarkan seketika sebelum anda membilasnya dengan air.Anda juga boleh mencampurkan dengan Serbuk penaik dan air dan menyapu nya pada ketiak setiap hari selepas mandi.

  • Serbuk Sandalwood
Campurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes kemudian dapukan pada ketiak anda dan biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air.

  • Sengkuang
Kisar halus sengkuang sehingga menjadi Jus dan sapukan pada ketiak,Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lama.Menarikkan?

  • Lemon
Gunakan perahan jus dan sapukan pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon lalu sapukan pada ketiak selepas mandi.

Hah!!Jika anda mengalami masalah bau ketiak,cubalah petua di atas.Walaupun tidak dapat dibuktikan keberkesanan nya,tidak ada salahnya untuk kita mencuba petua diatas.

Sampai disini sahaja entri kali ini,semoga di perkongsian kali sedikit sebanyak dapat membantu ada untuk selesaikan masalah yang anda hadapi.

Thank you Everyone!

SUSAH MELEPASKAN ATAU MUDAH MELEPASKAN?

Susah atau senang?

Tengok tajuk pun dah tahu apa yang susah apa yang mudah.Siapa disini yang mengalami masalah sembelit yang teruk?Siapa yang masi tak tahu bagaimana sistem pencernaan kita berfungsi?

Selepas kita makan dalam tempoh beberapa jam,sistem pencernaan akan menyerap nutrisi daripada makanan dan minuman yang anda ambil,ia akan memprosesnya ke dalam aliran darah dan menyediakan sisa buangan untuk disingkirkan.

Sisa ini akan melalui usus sebelum disimpan sementara dalam usus besar dan sebelum dikeluarkan daripada tubuh dalam masa 1 atau 2 hari.

Sembelit

Bagaimana kita nak mengatasi masalah Sembelit  yang teruk?


Ada banyak cara sebenarnya,ada mereka yang suka menggunakan cara tradisional dengan mengamalkan herba-herba ada juga yang menggunakan cara minum air yang mencukupi.Bersenam juga membantu untuk mengatasi masalah sembelit.Selain itu,anda juga bolehlah mengamalkan pengambilan buah-buahan.

Jika anda seorang yang tak suka complecated way,anda juga boleh amalkan produk supplemen yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit.Sayanak syorkan kepada anda untuk amalkan HERBLAX SHAKLEE.

Apa itu Herblax Shaklee?

Herblax Shaklee lebih dikenali sebagai detox.Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin,lemak dan lendir yang melekat dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih,baru lah badan kita dapat menyerap Nutrienn pada tahap Optimum.

Apakah Kandungan Herblax Shaklee?


Herba Terbaik

Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus Gastrik unutk membantu proses pencernaan.

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver's Root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfalfa Leaves
Membersihkan usus,darah dan Hati.

 Kebaikan Herblax Shaklee

Manfaat Herblax
  1. Pembersihan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  3. Membantu masalah Sembelit.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  5. Mengempiskan Perut.
  6. Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
  7. Memudahkan fungsi usus.
  8. Menghilangkan jeragat.
  9. Mengurangkan bau badan.

Siapakah yang perlu amalkan Herblax Shaklee?

  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan,perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
  • Mereka yang banyak jerawat.
  • Pesakit Gout.
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak dengan suplemen.

Testimoni-testiomoni Pengguna Herblax Shaklee


#1 Testimoni Herblax


#2 Testimoni Herblax


#3 Testimoni Herblax


#4 Testimoni Herblax


Hahh!! Best tak produk daripada Shaklee ni korang?Kalau korang nak tahu,saya pun mengamalkan Pengambilan Herblax Shaklee seminggu 2 kali dan telan 4 biji sekali sehari.Esok paginya perut memang auto nak ke tandas.Lepas saja membuang tue,korang akan rasa perut sangat ringan dan rasa sangat selesa.Even badan pun rasa sangat ringan dan bertenaga.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini,anda boleh tekan disini untuk Rujukan
Sampai disini sahaja Entri kali ini,semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu masalah anda.

#nextlevelblog
#megablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleesabah
#shakleekotakinabalu



IMPAK BANJIR TERHADAP KESIHATAN

Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Di negara kita,banjir merupakan fenomena yang sering berlaku.Di negara-nega...