Tuesday, October 10, 2023

RESIPI TELUR GORENG IKAN BILIS MELETOPS by RENNA


Resipi ni saya dapat daripada tiktok dan saya dah pun cuba masak resipi ini dan sekarang ianya menjadi kegemaran saya.Kenapa??Sebab ia sangat mudah untuk disediakan dan apa yang best kalau korang dah try resipi ni confirm bertambah nasi 2 Pinggan tau.

Tak Percaya??Jum Cuba.

Bahan-Bahan:-

2-3 Biji Telur

1 Biji bawang besar -Hiris halus

1 Biji bawang putih - Hiris halus*

2-3 biji bawang merah - Hiris halus*

2-3 biji lada hijau - Hiris halus

4-8 Biji Cili padi - Hiris halus (Mengikut cita rasa,nak lagi pedas tambah 10 biji pun boleh)

Garam Secukup Rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1.Panaskan Minyak dan mula goreng ikan bilis sehingga garing,Paling best guna la ikan bilis mata biru,sebab dia kecil2.Tos dan ketepikam

2.Kemudian tumbuk kasar atau lagi cepat blend kan bahan-bahan yang bertanda *.

3.Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi,tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan nampak garing.

4.Masukkan lah perasa yang anda nak,mengikut cita rasa masing yaa,Garam,Gula dan serbuk perasa secukupnya dan gaul campuran hingga rata.Kemudian ketepikan.

5.Pecahkan telur2 tadi mengikut kuantiti dan kapasiti yang nak makan yaa,gaulkan sehingga telur hancur dan ketepikan.

6.Masukkan bahan-bahan yg dah ditumis,ikan bilis dan juga telur dan gaul sehingga rata last sekali baru laa masukkan bawang besar gaul sehingga bawang besar dah masak.

7.Hidangkan!!

Telur Goreng Hancur Ikan bilis Cili Padi

Semoga berhasil,boleh cuba untuk bawa bekal ke tempat kerja ya gaiss!!

Thank you!

No comments:

Post a Comment

IMPAK BANJIR TERHADAP KESIHATAN

Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Di negara kita,banjir merupakan fenomena yang sering berlaku.Di negara-nega...