Tuesday, October 10, 2023

KETIAK BERBAU TENGIK

Body Odour

Siapa yang pernah mengalami masalah ini atau mungkin ada kawan-kawan ditempat kerja yang alami masalah bau ketiak?Ini akan membuatkan kita merasa tak selesa dan rimas apatah lagi bau itu akan melekat di dalam office dan membuatkan kita mual.

Ramai individu yang mengalami masalah bau ketiak,Situasi ketiak berbau ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilahnya teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatang kebimbangan dengan masalah kesihatan.

Walau bagaimana pun mempunyai masalah berbau ketiak ini boleh dianggap sebagai satu keadaan yang menyebabkan seseoang individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu lain.

MASALAH BAU BADAN


Masalah badan berbau atau Bromhidrosis ini merupakan satu masalah yang berlaku apabila anda melangkah ke alam Akil Baligh.Ia adalah kerana di dalam badan kita akan berlaku proses peningkatan Hormon yang dipanggil Adrogen.

Hormon ini tidak aktif sehingga anda mencapai tempoh kematangan.Oleh kerana itu,masalah badan berbau jarang berlaku kepada kanak-kanak.

Selalunya ia akan berlaku ketika anda cenderung melakukan aktiviti Fizikal menyebabkan terhasilnya peluh atau mungkin anda lebih banyak terdedah kepada Matahari dan badan akan menghasilkan peluh.

Ia adalah untuk membantu mengawal suhu badan anda.Peluh yang bertemu dengan bakteria pada permukaan kulit akan menyebabkan wujud nya bau.Inilah yang dipaggil sebagai bau badan atau B.O (Body Odour).Itu jugalah yang berlaku pada bahagian ketiak anda.

Apakah Cara Menghilangkan Bau Ketiak?

Korang mengamalkan cara orang tua-tua kita amalkan dulu-dulu atau anda boleh juga boleh mencuba any supplemen yang dapat membantu untuk mengawal bau badan dan juga bau ketiak dalam masa yang sama.

Contoh Cara yang anda boleh Amalkan :-

  • Cuka Epal
Anda hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk.Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan pada bahagian Ketiak anda.

  • Bicarbonate Soda 
Anda mencampurkan 1 sudu jus lemon bersama 1 sudu Bicarbonate Soda atau serbuk penaik.Seterusnya sapukan campuran pes tersebut dipermukaan ketiak anda dan biarkan seketika sebelum anda membilasnya dengan air.Anda juga boleh mencampurkan dengan Serbuk penaik dan air dan menyapu nya pada ketiak setiap hari selepas mandi.

  • Serbuk Sandalwood
Campurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes kemudian dapukan pada ketiak anda dan biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air.

  • Sengkuang
Kisar halus sengkuang sehingga menjadi Jus dan sapukan pada ketiak,Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lama.Menarikkan?

  • Lemon
Gunakan perahan jus dan sapukan pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon lalu sapukan pada ketiak selepas mandi.

Hah!!Jika anda mengalami masalah bau ketiak,cubalah petua di atas.Walaupun tidak dapat dibuktikan keberkesanan nya,tidak ada salahnya untuk kita mencuba petua diatas.

Sampai disini sahaja entri kali ini,semoga di perkongsian kali sedikit sebanyak dapat membantu ada untuk selesaikan masalah yang anda hadapi.

Thank you Everyone!

No comments:

Post a Comment

IMPAK BANJIR TERHADAP KESIHATAN

Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Di negara kita,banjir merupakan fenomena yang sering berlaku.Di negara-nega...