PREGNANCY |
Wanita yang mengandung memerlukan perhatian khusus untuk memastikan kehamilan nya berjalan dengan baik dan bayi yang dikandungnya Sihat.So Entri kali ini saya nak share dengan ibu2 hamil tentang keperluan Wanita Mengandung.
Setiap Suami Isteri akan teruja bila dapat tahu mereka dikurniakan dengan cahaya mata yang pertama dan anda pasti nakkan yang terbaik untuk Si Ibu dan Bayi,Betul tak? Ibu2 pastinya tahu pregnant ambil masa 9 bulan dan dalam 9 bulan itu juga lah anda akan membawa perut yang semakin membesar.Pastinya ibu akan merasa penat dan perlukan tenaga Tambahan.
So,sis nak share dengan anda keperluan wanita mengandung dan sis berharap sharing kali ini boleh membantu para Mom to be di luar sana.Kepada para suami2 korang juga harus tahu ya,apa keperluan wanita ketika mengandung.
Wanita Mengandung selalunya akan melalui Fasa pertama,kedua dan ketiga.So saya akan share keperluan mengikut Trimester.
FIRST TRIMESTER
1.Botol Air.
-Yang ini sangat penting supaya ibu sentiasa cukup air dan cari botol yang ada label berpa ML air untuk botol itu supaya kita tahu berapa kuantiti air yang telah diminum.
2.Plastik sampah
-Plastik sampah untuk ready2 tempat muntah,sebab untuk Trimester pertama alahan ("Morning Sickness") akan berlaku.So bila2 masa sahaja kita akan muntah.
3.Minyak Angin
-Yang ini juga penting,sebab ibu hamil selalu akan merasa pening atau mabuk kenderaan,so minyak angin boleh membantu meredakan pening anda.
4.Tilam yang selesa.
-Kepada ibu hamil,anda boleh sediakan tilam yang selesa sebab semakin besar kandungan anda semakin susah untuk anda bergerak especially semasa baring.
5.Makanan Ringan
-Untuk Makanan ringan pula,ini boleh mengikut citarasa si ibu,boleh sediakan dalam beg so bila2 masa nak makan senang.
SECOND / THIRD TRIMESTER
1.U Shape Pillow.
-Ini adalah untuk keselesaan ibu ketika baring dan juga tidur.
2.Bra extender.
-yang ini juga sangat2 penting sebab badan ibu akan membesar dan kebanyakan pakaian dalam tak muat termasuk Bra.So kena ada Bra Extender untuk persediaan awal.
3.Stretch Mark Lotion
-Yang ini para ibu2 mesti sediakan untuk elakkan perut ada kesan parut.Korang boleh try mana2 Lotion yang ada di Pharmacy atau pun boleh gunakan Herbal Blend Shaklee.
4.Compression Socks
-Compression Socks ini untuk mengelakkan ibu hamil daripada masalah Blood Clot sepanjang Pregnancy.
5.Maternity Belt.
-Maternity Belt ini adalah salah satu keperluan kepada ibu hamil ketika perut sudah semakin membesar,So benda ni boleh membantu ibu kurangkan sakit pinggang.Maternity Belt ni korang boleh gunakan semasa berpantang juga yaa.
6.Digital Weight Scale
-Ini pula untuk para ibu meninjau berat badan ketika Hamil,walaupun pregnant,berat badan still kena jaga juga yaa.
7.Minyak Panas
-Minyak panas ini pula untuk mengurut ketika anda rasa lenguh di bahagian kaki.
8.Loose Dress
-Sediakan baju2 yang sesuai untuk anda agar anda lebih selesa.Kalau anda nak pakai seluar pun boleh tapi pilih lah yang bersesuaian.
9.Gym Ball
-Gym Ball boleh digunakan untuk senaman ringan ibu2 hamil yaa,ini adalah salah satu cara supaya ibu dapat buat streching dan dapat mengurangkan sakit pinggang.
10.Tungku
-Untuk Tungku,yang ini korang boleh pilih nak sediakan atau tidak.Sebab ini hanya untuk kegunaan semasa ibu mengalami sakit2 kaki,so boleh gunakan tungku untuk melegakan badan.
11.Selipar Rumah
-Ini juga sangat penting untuk mengelakkan tumit kaki pecah,boleh sediakan selipar rumah yang sesuai dan Selesa.
12.Kasut
-Ini pula untuk kegunaan ibu semasa keluar dari rumah,sebab para ibu hamil harus menjaga kaki.
13.Heat Patch
-Ini juga kegunaan jika perlu.
14.Maternity Underwear
-Boleh disediakan jika ibu perlu.
15.Blood Glucose Sugar Meter
-Jika ibu perlu monitor gula bila berada di rumah.
16.Blood Pressure Monitor
-Yang ini juga jika perlu,sebab ada ibu yang perlu monitor tekanan darah di rumah.
Hahh,agak panjang sedikit list yang saya share anda boleh ikut mana2 yang perlu mengikut keperluan anda.Ini adalah keperluan diri yang ibu2 perlukan sepanjang kehamilan.Selain daripada itu,para wanita mengandung harus menjaga nutrisi pemakanan juga yaa.
So sis nak suggest dengan anda iaitu PRENATAL MAMA WELLNESS SET SHAKLEE.Dalam set ini ada 4 produk Shaklee dan juga 2 produk Dari Embun.
Antara Produk yang ada dalam set ni ialah:
Esp Shaklee
- Esp Shaklee membantu ibu supaya lebih bertenaga sepanjang kehamilan dan membantu menghasilkan susu selepas bersalin.Ibu mengandung sangat digalakkan untuk minum ESP kerana mempunyai sumber protein yang lengkap dengan kalsium yang penting untuk kesihatan ibu hamil.
- Vitalize Shaklee membantu ibu hamil untuk penambahan tenaga Segera,kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
- Vitamin B ini berperanan penting untuk mengoptimalkan perkembangan otak,sistem saraf dan jantung bayi.Ia jua penting untuk kesihatan mata dan kulit.Selain itu ia membantu meredakan Migrain yang sering terjadi ketika Hamil.Vitamin ni juga mengandungi asid folik penting untuk ibu mengandung.Ia membantu elak risiko Spina Bifida atau mencegah kecacatan pada Janin.Selain itu,Vitamin ini juga membantu ibu hamil mengatasi masalah kebas dan kejang yang sering dialami ibu masa mengandung.Vitamin B juga mampu melawan tekanan perasaan dan stress dan membekalkan tenaga melalui makanan yang dimakan,jadi dapat beri tenaga tambahan kepada ibu yang sedang sarat mengandung.
- Ketika Hamil,bayi akan mengambil sedikit Kalsium dari si ibu,Ini juga akan menyebabkan daya tahan kalsium ibu berkurangan.Oleh itu,Ostenutrix membantu menambah kalsium dalam menu diet harian si Ibu.
- Mencegah kekejangan Otot.
- Meningkatkan kualiti tidur.
- Mengurangkan Tahap tekanan.
- Mengurangkan tanda regangan dan selulit
- Melancarkan peredaran darah.
- Merangsang penghasilan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit.
No comments:
Post a Comment