Ramai kenalan dan ahli keluarga yang mengalami masalah Resdung dan disebabkan masalah ini,aktiviti harian kita akan terganggu dan susah untuk bekerja.Resdung ialah keradangan pada selaput yang menutupi sinus-sinus paranasal.
APA ITU SINUS?
Sinus adalah rongga berisi udara di dalam Tengkorak manusia,kepala anda tidak semuanya padat dengan tulang,ada beberapa rongga di bahagian tertentu.Ia berfungsi menjadikan tengkorak lebih ringan dan membantu menghasilkan suara yang lebih lunak.Membran pada sinus tersebut menghasilkan mukus untuk melindungi hidung daripada habuk dan bakteria.
BAGAIMANA RESDUNG BOLEH BERLAKU?
Secara normal sinus sentiasa terbuka dan cecair akan mengalir dengan lancar.Jika tersumbat,Cecair akan terkumpul seterusnya organisme seperti bakteria,virus dan kulat akan lebih mudah untuk membiak sehingga menyebabkan radang berlaku.
APA YANG DIALAMI?
Resdung boleh menjadi akut atau pun kronik.Radang akut biasanya berlaku selama 2-4 minggu manakala kronik lebih dari 12 minggu.
Simptom-simptomnya ialah :-
- Hidung Tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selesema berpanjang
- Demam
- Letih Dan Lesu
- Hilang deria rasa dan bau
BAGAIMANA IA BOLEH DIRAWAT?
Selain dari rehat yang cukup,anda boleh mengurangkan hidung tersumbat dengan mengambil ubat selesema atau menyedut wap daripada air panas.Elakkan mengambil ubat selesema yang dibeli sendiri di farmasi lebih dari 3 hari,ia akan sebaliknya membuatkan hidung anda lebih tersumbat.
Panadol mungkin membantu mengurangkan sakit kepala dan muka.Jika bakteria adalah puncanya,antibiotik boleh diambil tetapi hanya dengan preskripsi daripada doktor.
Bagi resdung kronik,penyembur hidung steroid dan ubat antihostamin mungkin diperlukan.Dalam sesetengah kes,pembedahan endoskopik dilakukan untuk mencuci dan melebarkan sinus.
Selain dari cara-cara diatas,anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplements.Ada beberapa supplements yang saya boleh suggest untuk anda amalkan bagi mencegah dan meredahkan sinus anda.
Antara nya :-
OMEGA GUARD
- Anti Inflamasi/Anti Radang
- Membantu mengurangkan kegatalan
ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan anti keradangan/anti kulat
- Ia kaya dengan sumber klorofil dam membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema,resdung,alergik dan gegata
- Berfungsi sebagai agen detox yang mampu mendetoxkan toxin,asid berlebihan,kuman penyebab resdung.
B-COMPLEX WITH FOLIC ACID
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
- Membantu mengurangkan bengkak
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
VITA -C PLUS
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan frugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu pencegahan penyempitan tiub bonkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage(Fungsi sistem pertahanan badan,sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu
- Meningkatkan antibodi badan juga kukuhkan sistem imun.
Ini adalah diantara supplements-supplements Shaklee yang anda boleh amalkan untuk meredakan Sinus anda.Semoga diperkongsian saya hari ini,sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mempunyai masalah ini.
P/S : Jika inginkan info lanjut tentang produk Shaklee atau anda memerlukan konsultasi untuk masalah kesihatan boleh ikut laman social saya di Shaklee Sabah.
Sampai disini sahaja entri saya kali ini,semoga di penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
#NextLevelBlog
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeThriumph2023
#ShakleeSabah
#ShakleeKotaKinabalu
#ShakleeKotaKinabalu
DISCLAIMER:
Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untukmembuat diagnosis,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment