Saturday, August 19, 2023

RUANGAN SPIRITUAL WANITA

Ramai wanita di luar sana yang masih belum pasti bagaimana atau apa kah Doa2 yang sesuai untuk mereka amalkan setiap hari mereka.Seperti yang kita tahu,berdoa sebelum melakukan pekerjaan itu adalah suatu amalan yang sangat mulia dan sebaik-baiknya kita berdoa pada waktu pagi dan juga sebelum tidur.

Kali ini Saya ingin kongsikan kepada anda  3 Amalan kebaikan  utama yang biasa di amalkan oleh Wanita.Ini adalah 3 Doa yang saya biasa amalkan setiap hari sebelum bekerja dan juga sebelum tidur malam.
1.Doa yang kebiasaan Kita doa kan pada setiap pagi ialah Doa permohonan Hidayah dan keberkatan. 

🤲Doa ini melibatkan permohonan kepada Allah untuk memberikan petunjuk dan juga keberkatan dalam segala aspek kehidupan kita.Kepada wanita anda boleh berdoa agar diberikan panduan dalam mengambil keputusan penting,baik untuk pekerjaan,pendidikan atau perkhawinan.Doa ini juga sangat bagus untuk memohon harapan agar kita dapat menjaga hati yang suci dan terhindar dari perbuatan yang tidak baik.

Contoh doa :

"Ya Tuhan,jangan lah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan lah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu" 


2.Doa yang seterusnya pula ialah Doa kesejahteraan dan juga Perlindungan. 

🤲Doa ini kita fokuskan lebih kepada memohon perlindungan dari Allah terhadap apa sahaja bentuk bahaya dan gangguan dalam kehidupan seharian kita. Para Wanita boleh gunakan Doa ini agar Dirinya,keluarganya dan semua kaumnya dilindungi dari segala macam bencana alam mahupun masalah kehidupan.Permohonan Doa untuk kesejahteraan dan keselamatan juga adalah salah satu doa untuk menghindari dari segala bentuk konflik dan kesulitan.

Contoh Doa :

"Ya Tuhan yang baik,terima kasih kerana engkau telah menjaga keluarga kami sehingga saat ini.Tuhan sekali lagi saya ingin memohon agar engkau bimbinglah keluarga kami agar hidup dalam semangat kasih,harmoni dan saling mengasihi satu sama lain.Jika kami diduga kesulitan hidup engkau bimbinglah kami dan sertai lah langkah kami untuk percaya bahawa engkau tidak pernah tinggalkan kami"
3.Doa memohon kesihatan dan kemudahan dalam kehidupan.
🤲Doa ini pula melibatkan permohonan kepada Allah untuk diberikan kesihatan dari segi Fizikal dan juga Mental yang baik.Wanita boleh gunakan doa ini agar dijauhi dari sakit penyakit dan masalah kesihatan serta diberikan kekuatan untuk menghadapi tantangan yang mungkin muncul.Selain itu,doa ini juga untuk memohon kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian,seperti dalam pelbagai aktiviti dan juga tanggungjawab seharian kita. 

Contoh Doa :

"Terima kasih Tuhan atas kurnia-Mu yang telah engkau berikan kepada ku dari malam aku tidur sehingga Pagi hari.Aku bersyukur untuk nafas baru yang aku perolehi.Aku memohon sekali lagi kepada mu,engkau lindungi lah aku dalam aktiviti seharian kami pada hari ini.
Aku percaya engkau akan selalu menyertai ku. Berkati lah kedua orang tua ku,saudara ku,sahabat2 ku dan semua orang yang aku kasihi dalam menjalankan aktiviti mereka pada hari ini dan ampunilah atas segala Doa yang telah kami lakukan. Doa yang kurang sempurna ini aku serahkan kepada mu."
Ini ada di antara doa2 yang saya boleh share dengan teman2 semua semoga perkongsian saya ini dapat membantu sahabat2 semua untuk mulakan doa anda setiap hari.

Sampai disini sahaja Entri saya kali ini,jumpa lagi di Entri dan tajuk dengan tajuk yang lebih menarik akan datang yaa,Stay Tuned😉

Terima Kasih‼️

Untuk mengetahui produk2 yang sedang dalam promo bulan Ogos 2023 ini anda boleh lah tekan link di bawah ini yaa😉⬇️⬇️⬇️

https://linktr.ee/rinashaklee?utm_source=linktree_admin_share

#blogmegashaklee 
#shakleethriumph2023 
#shakleethrive2023
#shakleesabah 
#shakleekotakinabalu 



No comments:

Post a Comment

IMPAK BANJIR TERHADAP KESIHATAN

Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Di negara kita,banjir merupakan fenomena yang sering berlaku.Di negara-nega...