Saturday, June 17, 2023

8 Cara Menghilangkan JERAGAT!!

Menghilangkan jeragat sepenuhnya mungkin susah, tetapi terdapat beberapa petua yang dapat membantu memudarkan penampilan dan mencegah peningkatan jeragat. Berikut adalah beberapa Petua Menghilangkan Jeragat yang dapat Anda pertimbangkan.

1.Gunakan Krim Pencerah Kulit
Beberapa krim pencerah kulit yang mengandung bahan seperti asid kojik, asid azelaik, atau hidrokinon dapat membantu memudarkan jeragat. Namun, sebaiknya minta konsultasi daripada doktor atau ahli kulit sebelum menggunakan krim tersebut untuk mengetahui kandungan dan penggunaan yang tepat.

2.Hindari Pencuci muka yang Kasar
Semasa kita mencuci muka kita, hindari menggosok dengan terlalu keras kerana ia akan merosakkan kulit dan memperburuk jeragat. Gunakan gerakan lembut dan pilih pembersih yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit Anda.

3.Jaga Kelembapan Kulit
Menggunakan pelembap secara teratur dapat membantu menjaga kelembapan kulit dan membuatnya nampak lebih sihat.Kulit yang sihat akan menampakkan penampilan jeragat yang lebih ringan.

4.Bersihkan Make up 
Dengan menggunakan  make up remover sebelum kita menggunakan pencuci muka juga membantu untuk kita mengurangkan risiko jeragat pada kulit muka kita.

5.Gunakan Perahan Jus Lemon
Ini adalah salah satu cara Tradisional untuk menghilangkan Jeragat pada muka. Ia mampu merawat dan memudarkan jeragat.Kerana Jus Lemon mengandungi Asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah Pigmentasi pada kulit wajah kita. Ia bukan sahaja boleh memudarkan malah ia juga mampu mencerahkan kulit wajah kita. 

6.Sapukan Aloevera
Aloe Vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya. Ia sangat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit contohnya, sunburn jerawat, jeragat dan Ekzema. Aloe Vera juga membantu mengekalkan kulit kekal dehidrasi. Anda boleh sapukan Gel Aloe Vera pada kawasan jeragat selama 15 minit. Kemudian basuh dengan Air sejuk,lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

6.Gunakan serbuk kunyit
Penggunaan kunyit juga salah satu cara Tradisional untuk menghilangkan Jeragat. Kajian menunjukkan bahawa Curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan Jeragat.Caranya campurkan satu suduh teh serbuk kunyit bersama Jus Lemon,Kemudian kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan jeragat dan tunggu sehinga kering. Amalkan tips ini seminggu sekali secara konsisten. 

7.Gunakan teh Hijau 
Teh hijau bukan sahaja untuk diminum malah ia juga mampu digunakan untuk menghilangkan jeragat. Teh Hijau mempunyai sifat anti-radang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Caranya rendam Teh hijau dalam air suam selama beberapa minit.Kemudian gunakan beg teh tersebut dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Airnya boleh diminum yaa gaiss, 🤭

8.Scrub menggunakan Serbuk Oat
Ini juga salah satu cara tradisional untuk menghilang jeragat. Ia bukan saja bermanfaat sebagai Masker tetapi ia juga mampu menghilangkan jeragat pada muka kita. Campurkan Sesudu Oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian sapukan sebatian pada wajah uolls. Serbuk Oat mampu menyerap lebihan minyak pada wajah kita skaligus membantu mengurangkan masalah jerawat. 

Hah!! Best tak tips2 yang Rina share uolls, mestilah best. Selain dari menggunakan tips2 yang Rina share, anda juga boleh lah cuba mengamalkan supplemen yang boleh membantu uolls mencegah dari berjeragat. 

Sampai disini sahaja Entri Rina kali ini, semoga dipenulisan kali ini memberi manfaat kepada semua.

FB page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100089369724619&mibextid=ZbWKwL

Shaklee ID : 1608269 (Distributor) 

Whatsapp : wasap.my/60123279387/shakleeblog

Tik Tok : tiktok.com/@shakleekotakinabalu






No comments:

Post a Comment

IMPAK BANJIR TERHADAP KESIHATAN

Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Di negara kita,banjir merupakan fenomena yang sering berlaku.Di negara-nega...