"Tuhan tidak pernah ingin Hamba-Nya menangis dan terluka.
Hanya Saja Tuhan ingin melihat ketegaran hamba-Nya dalam menghadapi
Cobaannya"
Setiap perjalanan hidup ini,kita pasti akan menempuh Hal-hal baru.Semua hal yang kita tempuh akan menjadi pengalaman berharga untuk diri kita.Suatu pengalaman itu mampu membuat kita lebih berani untuk menghadapi segala masalah yang datang.Ia juga mengajar kita agar menjadi lebih matang dalam kehidupan.Pengalaman hidup mampu memberi pengajaran yang tidak kita dapat dimana-mana pun.Setiap pengalaman hidup kita juga berbeza,kadang-kadang ada yang manis dan adakalanya Pahit.Ada juga pengalaman yang memberi kesan terdalam dalam hidup kita.
"Tanpa Keberanian tidak ada Kemenangan,tanpa perjuangan tidak akan ada
HAPPY ENDING"
"Terkadang di Jalan yang mulus dan bagus pun seringkali kita terjatuh,
namun harus tetap berdiri dan berlari meskipun
kaki sulit untuk melangkah"
Tiada kejayaan yang mudah,pasti ada dugaan dan cabaran.Terpulang dengan diri kita bagaimana nak tempuh semua itu.Jika kita terlalu fokus kepada masalah percayalah,kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian.Tetapi jika kita Fokus kepada solusi suatu masalah itu Nescaya uolls akan jumpa Kejayaan.Sebab itu suatu Impian harus mempunyai target tersendiri,jika uolls tak set target,umpama kita pandu kereta tanpa Arah dan destinasi.Bukankah itu suatu kerugian dan buang masa untuk kita.So jangan pernah menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.
"Jangan jadikan suatu kesalahan membuatkan kita down,
Tapi jadikanlah kesalahan tersebut menjadi jalan untuk kamu
menggapai KEJAYAAN"
Jangan takut dengan apa yang kita lakukan itu salah,kerana dari kesalahan kita akan belajar untuk memperbaiki diri kita.Salah tidak semestinya kita perlu mengalah,tetapi bila kita lakukan kesalahan itu bermaksud kita perlu mengubah strategi kita dan jangan ulangi kesilapan yang sama.Ingin berjaya itu tidak semudah terbalikkan telapak tangan,tapi dengan pemahaman diri dan pemikiran kita,percayalah Kejayaan itu semudah terbalikkan telapak tangan.Kita kena ubah suatu tanggapan terhadap suatu keadaaan.Kerana dengan mengubahnya kita akan faham dan capai kejayaan kita.
"Masa depan itu tergantung pada apa yang kita lakukan hari ini"
Apa yang kita lakukan hari ini akan mempengaruhi masa depan kita.Jadi kita kena bijak lakukan hal-hal kita sepanjang hari.Mahu berjaya dalam hidup,harus bijak memilih jalan yang betul.Kegagalan itu bukan suatu pengakhiran dalam kehidupan tetapi ia ada suatu permulaan.Jika kamu jatuh tersungkur,teruskan bangun dan bergeraklah lebih laju.Jadi kita kena Ikhlaskan dalam apa jua yang kita lakukan,sentiasa letak Aura-aura yang positif,niat yang baik sahaja dan Doa.Jika uolls down,carilah teman atau pasangan yang boleh dipercayai untuk anda luahkan masalah agar lebih ringan Fikiran dan hati kita.
Sentiasa cari Kata-kata Motivasi untuk jana aura dalam diri kita.
Rina J.
Shaklee ID : 1608269
FB Page : Shaklee Kota Kinabalu
#Nextlevelblogging
#Blogmegashaklee
#Shakleethrive2023
#Shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment