Pastinya korang semua disini mengimpikan percutian bersama Family.Jika korang sedang planning untuk bercuti,korang wajib baca entri kali ini.
Entri kali ini,saya ingin kongsikan pengalaman dan beberapa tips-tips untuk korang guna sebelum memulakan percutian.Dengan adanya tips-tips ini ia serba sedikit membantu melancarkan perjalanan anda dengan lebih Teratur.
Untuk korang yang first time travel,Tips Travel ini akan membantu korang untuk membuat persiapan yang lebih awal.
FLIGHT TICKET
Memesan tiket penerbangan lebih awal memiliki banyak keuntungan termasuk anda boleh dapat harga lebih rendah,lebih banyak pilihan tempat duduk,waktu yang fleksible dan mengelakkan stress bila tarikh berangkat sudah dekat.
RESEARCH
Semestinya jika kita dah tempah Ticket Penerbangan,kita wajib buat research tentang tempat tersebut.Anda boleh bermula dengan mencari Homestay/Hotel yang sesuai dengan Bajet dan citarasa anda.
Selain itu anda juga wajib membuat research tentang tempat-tempat yang menarik yang bakal anda kunjungi semasa disana Nanti.
HOMESTAY/HOTEL
Pemilihan Homestay/Hotel yang tepat ketika melancong bergantung kepada beberapa faktor,termasuk bajet,tujuan percutian,kemudahan yang anda nak dan suasana yang diinginkan.
Dengan pemilihan Homestay/Hotel yang tepat,anda akan dapat pengalaman penginapan yang selesa dan sesuai dengan percutian.
PACKING TIME!!
Hahh! Ramai korang yang tak berapa suka part ini, tetapi korang kena tahu ini juga salah satu benda wajib anda utamakan.Sebelum memulakan Proses packing,anda boleh lah senaraikan dahulu barang-barang utama yang korang wajib bawa semasa melancong nanti. Ini sangat membantu supaya anda tidak terlupa benda-benda yang penting.
Seterusnya,pilih lah Bagasi/Beg yang sesuai untuk korang bawa semasa melancong.Ini juga bergantung kepada berapa lama percutian anda dan juga mengikut keselesaan anda.Jadi anda boleh la pilih nak beg beroda atau pun begpack.
Selepas itu anda bolehlah pilih pakaian yang sesuai mengikut Cuaca di Negara yang anda Pergi.Tidak lupa juga Anda wajib membawa beberapa Ubat-ubatan basic seperti Panadol,Painkiller,ubat sapu dan lain-lain untuk Masa-masa kecemasan.
TUKARAN MATA WANG ASING
Ini adalah khas kepada mereka yang bercuti ke luar Negara.Menukar mata wang asing lebih awal lebih baik,tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak menukar wang terlalu banyak.Anda harus membandingkan nilai Mata Wang dahulu sebelum membuat tukaran.Ini membantu anda untuk mendapat nila tukaran yang lebih menguntungkan.
Selain itu,anda juga dapat merancang bajet perjalanan dengan lebih baik.Anda tidak perlu risau untuk mencari-cari tempat pertukaran wang semasa melancong.
Ini sangat membantu anda untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran tambahan kerana kebanyakan Destinasi pelancongan,mereka akan mengenakan yuran tambahan/komisen apabila anda menukar duit di Negara Mereka.
Dapat idea tak selepas anda baca tips-tips travel yang saya bagi ini.Ini adalah Tips awal yang anda kena lakukan sebelum memulakan sesuatu percutian.
Dengan ini Sampai disini sahaja Entri saya kali ini,semoga ia memberikan manfaat kepada anda yang membaca.
Terima Kasih!
#blogmegashaklee
#shakleethriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleesabah
#shakleekotakinabalu
https://linktr.ee/rinashaklee?utm_source=linktree_admin_share
No comments:
Post a Comment